Tuesday, September 6, 2016

Wellington, New Zealand : Gilmer Apartment

Assalamualaikum... 


This apartment situated at the heart of Wellington city. It was quite easy to go to the attractions as well as the city from here.  The apartment was perfect for the 5 of us as it has 2 big beds in 1 room, a washer & dryer & a small kitchen. The 3 nights stay was pleasant as it was comfortable & very clean plus the  staffs were very helpful & friendly. The only downside about this apt is that we had to pay for the parking space, around NZD10-12 per day.








Te Papa Museum
We walked from the apt through a shortcut explained by the apt's staff. It was about 15 min walk & the weather was lovely that day.





Monday, September 5, 2016

Cambridge, Waikato, New Zealand: Whitehall Cottage


Assalamualaikum...

Trip Northern Island New Zealand ini pada hujung musim luruh nak masuk ke musim panas, end Nov- early Dec 2014. Sememang dari awal lagi kami dah rancang untuk mencari 2-3 tempat tinggal yang menarik sepanjang 15 hari kami di NZ. Whitehall Cottage ini antara yang kami pilih dan merupakan 'favourite' kami sekeluarga. Sangat berbaloi walaupun agak mahal berbanding pilihan2 yg lain.

Whitehall Cottage ini terletak di Cambridge, lebih kurang 25-30min jaraknya utk ke Hobitton di Matamata. 


Cottage ini adalah self-check in, dimana dibiarkan tidak berkunci & kunci ditinggalkan di atas meja. Rumah pemilik kotej, Steve & Louise Howse terletak tidak jauh dari kami (kanan atas di gambar).


Ini antara pemandangan yang sememangnya indah di hadapan cottage ini. TV pun kami x layan, sebab leka menikmati pemandangan sekeliling.


Bahagian hadapan kotej

Pemandangan di depan kotej

Simon, kucing pemilik kotej datang melawat
 Jom lihat bahagian dalam kotej ini pula. 

Ruang dapur yang sangat luas dan selesa
 Dapur kotej ini lengkap dengan peralatan memasak. Dari cerek, microwave oven, dishwasher, periuk2 pelbagai jenis & pinggan mangkuk. Kesemuanya tersusun rapi & terletak di dalam almari & laci. Sangat kemas.

Bahagian luar dapur
Terdapat meja dan bangku di luar dapur & ditepinya ada ampaian untuk menyidai baju. Kami tidak makan diluar kerana faktor cuaca yang sejuk.


Ruang membasuh baju
  Di kotej ini juga terdapat bilik kecil untuk membasuh & mengeringkan baju.

Ruang makan
Disediakan juga sebuah meja makan dan set sofa. Kupang merupakan antara makanan laut yang mesti cuba di NZ selain daripada ikan salmon. Kupang ini saya beli segar di  pasaraya 'Pak' n save'. Kupang ini besar & sangat sedap! Post mengenai makanan di NZ akan di postkan di blog I love to eat..

Dibawah ini pula, gambar 3 buah bilik yang terdapat di kotej ini. Kami hanya menggunakan bilik 1 (untuk anak2) dan bilik 2 (untuk kami) sahaja. Bagi menghormati peraturan & polisi kotej ini (harga dikira mengikut bilangan individu) kami hanya menggunakan katil untuk 5 orang sahaja.  

Bilik 1 

Bilik 2

Bilik 3
 Kami menetap disini selama 2 malam.  Pagi kedua kami disini, kami telah bersiar-siar di ladang ternakan pemilik kotej. Semasa sampai disini, pemilik telah berpesan pada kami supaya pegi bersiar-siar di ladangnya. Memang best sangat kerana kami bebas berjalan-jalan & dapat menikmati pemandangan mengikut kesesuaian masa kami sendiri. 




Kami memang sangat berpuas hati dengan penginapan di sini. Jika diberi rezeki menjejakkan kaki ke bumi NZ ini, semestinya kami ingin menginap di Whitehall Cottage ini lagi, 

Untuk pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Steve & Louise di:

http://www.whitehallcottage.co.nz/